BILA PRU? NAJIB NAK TENGOK BINTANG DULU
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih berteka-teki berhubung tarikh pilihan raya umum ke-14 yang mesti dilangsungkan selewat-lewatnya Jun depan.
“Setiap masa pun masa yang baik.
“Saya kena tengok bintang dulu,” katanya sambil berseloroh selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibu negara hari ini.
Najib ditanya sama ada sekarang masa yang sesuai untuk beliau kembali mendapatkan mandat rakyat melalui peti undi.
Tambahan lagi dengan mengambil kira masalah yang melanda pembangkang, terutamanya dalam kemungkinan tiga penjuru antara Pakatan Harapan dan PAS.
Mengulas perkara itu, beliau berkata pembangkang masih gagal membuat keputusan jelas dalam arah tuju dan dasar-dasar negara.
“Dalam perkara asas pun mereka nampaknya berbeza pendapat.
“Jadi bagaimana mereka dapat menzahirkan keyakinan untuk memimpin negara ini?” katanya.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gPPav2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment