Hi! Welcome Back and Stay Tune! Brooklyn Beckham Jadi Perhatian Peminat Kolej - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Brooklyn Beckham Jadi Perhatian Peminat Kolej

BUKAN mudah menjadi anak kepada selebriti terkenal dunia dan ia turut diakui oleh Brooklyn Beckham yang juga anak sulung kepada pasangan David dan Victoria Beckham.

Brooklyn mendedahkan dia kurang selesa dengan perhatian diberikan ketika mula-mula mendaftarkan diri sebagai penuntut kursus fotografi di Parson School of Design, New York.

Remaja berusia 18 tahun itu berkata dia seboleh-bolehnya tidak mahu jadi perhatian namun ia tidak mudah seperti disangkakan apabila sering diganggu peminat di kolejnya.

Kata Brooklyn, dia sering menjadi perhatian peminat wanita yang teruja apabila bertemu dengannya di kolej.
“Tenang! Saya akan berada di kolej ini selama empat tahun,” katanya seperti dilaporkan Mirror.
Bagaimanapun kata Brooklyn, keadaan itu semakin baik berbanding suasana sewaktu awal kemasukannya ke kolej itu.

“Mereka faham dan menghormati saya cuma suasana agak berlainan sewaktu mula-mula saya mendaftar dahulu.

“Mungkin mereka terkejut, tetapi tidak mengapa,” ujarnya.

Brooklyn juga memberitahu dia tidak gemar bergaul dengan selebriti terkenal kerana adakalanya sikap mereka menjengkelkan.

The post Brooklyn Beckham Jadi Perhatian Peminat Kolej appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynr5DI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.