Buaya sesat depan kedai tayar
PENDUDUK gempar dengan kehadiran buaya sepanjang lima meter di hadapan kedai tayar di Westlake Centre, Limbang, hari ini.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, buaya seberat hampir satu tan itu ditangkap anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Limbang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati buaya berkenaan berada di hadapan kedai tayar di kawasan itu.
"Pihak bomba kemudiannya mengikat kaki buaya berkenaan sebelum memindahkannya ke dalam lori bomba menggunakan forklift, 40 minit kemudian," katanya.
Katanya, buaya berkenaan akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut. -nst
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ez2dUG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment