Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim

Isma dakwa ada pengguna bawa anjing ke kedai dobi

Portal milik NGO Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), ismaweb.net mempertahankan tindakan pemilik dobi di Johor yang membuka kedai khas untuk orang Islam.

Pendirian itu dinyatakan melalui satu artikel oleh Kata Pedang semalam, yang turut disertakan dengan gambar memaparkan perbuatan pengguna kedai dobi membawa anjing.

Artikel itu mendakwa, pengguna di dalam gambar tersebut turut membiarkan anjing itu merayau atau meletakkannya di atas kerusi.

“Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi yang menjadi najis berat buat Islam ke dalam kedai dobi tak salah? Letak anjing atas troli pusat beli-belah salah?” petik artikel itu.

Artikel sama turut mendakwa kedai dobi di dalam gambar tersebut terbuka kepada umum dan orang bukan Islam sepatutnya faham bahawa premis itu turut digunakan oleh umat Islam.

“Jangan anggap mudah mengenai kebersihan dan kesucian yang diutamakan dalam Islam,” katanya.

Sementara itu, dalam artikel berasingan, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman dilaporkan berkata, pengusaha dobi ‘Mesra Muslim’ di Johor tidak perlu rasa bersalah walaupun dikecam sesetengah pihak.

Katanya, membuka kedai dobi yang dikhaskan hanya untuk orang Islam bukan ekstrem.

“Jadi, dia tidak perlu kesal dikutuk kerana melakukan perkara yang betul. Lagipun, tidak ada sesiapa yang dipaksa untuk basuh baju di kedai dobi itu,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Buka kedai khas untuk umat Islam salah. Bawa anjing atau babi tak salah?” – Isma pertahan pemilik dobi Muslim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ydVU0Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.