Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunga Citra Lestari Sambut Hari lahir Anak Tema Harry Potter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunga Citra Lestari Sambut Hari lahir Anak Tema Harry Potter

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan pasangannya Ashraf Sinclair  telah mengadakan sebuah majlis besar-besaran dan meriah bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke tujuh buat anak lelaki kesayangan mereka iaitu Noah.

Majlis yang sememangnya cukup meriah itu telah hadiri keluarga, teman-teman rapat dan ibu bapa Bunga, menghangatkan lagi suasana sambutan hari jadi pada hari Ahad yang lalu.

Mungkin kerana Noah terlalu sukakan Harry Potter, Bunga dan Ashraf telah sepakat memilih filem popular tersebut sebagai tema bagi majlis sambutan hari jadi anaknya.

Menerusi entri di Instagram milk Bunga, beberapa foto dikongsikan dengan peminatnya. Noah yang menyerupai Harry Potter dengan memakai kaca mata bulat dan memegang tongkat sihirnya sepanjang acara majlis itu berlangsung.

Noah juga kelihatan amat gembira sekali bermain dan berseronok bersama rakan-rakan yang turut menyarungkan busana filem popular itu.

Selain itu, di ruangan komen di laman instagram milik Bunga juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat hari jadi dari para peminat yang tidak putus-putus memuji kecomelan dan telatah Noah yang sentiasa mencuit hati itu.

Perkongsian pelantun lagu Wanita Terbahagia itu telah menerima lebih daripada 30,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata Bunga mirip karakter Bellatrix Lestrange. Sama dengan suaminya, memilih karakter Sirius Black.

The post Bunga Citra Lestari Sambut Hari lahir Anak Tema Harry Potter appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEMIQ7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.