Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Bunyi Jeritan Meminta Tolong Itu Tiba-Tiba Senyap Lebih Kurang Lima Minit" - Saksi Kejadian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Bunyi Jeritan Meminta Tolong Itu Tiba-Tiba Senyap Lebih Kurang Lima Minit" - Saksi Kejadian

Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur. (Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) - Facebook)

Satu insiden menyayat hati berlaku awal pagi tadi apabila lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur terkorban dalam kebakaran. 

Beberapa orang ramai yang juga saksi kejadian cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di tingkat dua sekolah tersebut tetapi gagal membawa mangsa keluar akibat api yang marak. Saksi, Babul Amir menyatakan dia meluru masuk ke dalam bangunan tersebut dan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan ternampak dua pelajar terbaring di atas katil, seperti dilaporkan Berita Harian.

Lebih 20 mangsa terkorban dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Seorang lagi saksi kejadian, Baharuddin Sudin menyedari kebakaran pada jam 5.15 pagi turut mendengar jeritan mangsa meminta tolong dari tingkat dua dan melihat api sedang marak. 

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa dengan membantu memecahkan cermin tingkap dan memanjat keluar menggunakan saluran paip di tepi bangunan.

"Perkara yang amat memberi kesan kepada saya ialah apabila bunyi jeritan meminta tolong itu tiba-tiba senyap lebih kurang lima minit selepas asap hitam keluar," katanya.

Kira-kira 20 pelajar terbabit terselamat manakala lebih 20 pelajar berusia 13 sehingga 17 tahun dan sekurang-kurangnya dua guru terkorban. Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur.

Keadaan di lokasi kejadian pusat tahfiz tersebut yang musnah dalam kebakaran.

FOTO/VIDEO KEJADIAN TULAR

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut bersimpati dengan nasib mangsa kebakaran tersebut menerusi status beliau yang dimuat naik di akaun Twitter.


Kejadian ini turut menarik perhatian khalayak yang berkongsi berita, gambar dan video di media sosial sama ada menerusi Facebook, Twitter dan pesanan mesej, WhatsApp.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga memberi peringatan pada orang ramai agar menjadi individu bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan gambar mangsa yang terkorban.



Sumber "Bunyi Jeritan Meminta Tolong Itu Tiba-Tiba Senyap Lebih Kurang Lima Minit" - Saksi Kejadian

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jpq6zk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.