China tuntut Jakarta batal nama Laut Natuna Utara dengan alasan menjejaskan keamanan
China menuntut agar Indonesia membatalkan keputusan untuk menamakan semula kawasan maritimnya di bahagian barat daya Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara.
Difahamkan Kementerian Luar China sudah menghantar kenyataan rasmi kepada Kedutaan Indonesia di Beijing menyatakan bantahan terhadap tindakan Jakarta melancarkan peta rasmi terbaharu gugusan kepulauan negara itu sekali gus menamakan semula kawasan terbabit.
Channel NewsAsia melaporkan, berdasarkan surat bertarikh 25 Ogos lalu, China berkata tindakan Indonesia menukar ‘nama yang sudah diterima di peringkat antarabangsa’ mengakibatkan “komplikasi dan memburukkan lagi pertikaian, sekali gus menjejaskan keamanan dan kestabilan”.
“Hubungan China-Indonesia berkembang dengan sihat dan stabil, dan pertikaian di Laut China Selatan berterusan. Tindakan Indonesia menukar nama secara unilateral tidak kondusif dalam usaha mengekalkan keadaan yang sangat baik ini,” kata Kementerian Luar China.
Tambah Beijing, China dan Indonesia berdepan pertindihan tuntutan maritim di barat daya Laut China Selatan, dan tindakan menamakan semula kawasan itu tidak akan mengubah hakikatnya.
Indonesia tidak pernah membuat sebarang tuntutan terhadap beberapa bahagian di Laut China Selatan, seperti yang dipertikaikan oleh Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam terhadap China.
Namun, perairan yang kini dipanggil Laut Natuna Utara bertindih dengan Sembilan Garis Putus yang diisytiharkan China secara unilateral, membabitkan hampir keseluruhan Laut China Selatan. – Agensi
Sumber: BH Online
Sumber China tuntut Jakarta batal nama Laut Natuna Utara dengan alasan menjejaskan keamanan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2euoRd3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment