Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cukai jualan perlu jika GST dihapuskan - Dr Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cukai jualan perlu jika GST dihapuskan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Cukai jualan mesti dipulihkan jika Pakatan Harapan berhasrat menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perkara ini boleh diselesaikan melalui cara yang tidak memudaratkan rakyat dan sektor kewangan kerajaan..

“Jika kami ingin hapuskan GST, kami mesti memulihkan cukai jualan. Tetapi semua proses yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Jika kami hapuskannya secara tiba-tiba dan kami tidak mempunyai sumber pendapatan, ia akan memudaratkan kerajaan.

“Dahulu, dengan petroleum, ketika kami terpaksa menaikkan harga petrol, kami melakukannya secara berperingkat supaya tidak menjejaskan rakyat.

Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan, sebelum ini mengumumkan Pakatan Harapan akan menghapuskan pelaksanaan GST dalam tempoh 100 hari jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Dr Mahathir bercakap pada forum "Insight Talk - Saving Malaysia: Friends and Foes" anjuran Malaysan Insight pada Rabu.

Turut hadir pada program tersebut ialah penasihat DAP Lim Kit Siang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j26Vvf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.