DAP Berjuang Di Bawah Pengaruh Alkohol?
KUALA LUMPUR – DAP ini berjuang di bawah pengaruh alkohol ke?
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada DAP.
Ia berikutan beberapa pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas supaya penganjuran pesta arak di ibu negara dibenarkan.
Nik Mohamad Abduh seterusnya menyifatkan sikap yang ditunjukkan pemimpin pembangkang tersebut memalukan Malaysia.
“Bikin malu agama, bangsa dan negara je..,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Pemimpin Pakatan Harapan di ibu negara semalam membidas langkah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017.
Empat anggota parlimen DAP dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyelar keras pihak berkuasa tempatan itu.
“Kami rasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba alih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama,” kata mereka.
Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggotai DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fx68hW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment