Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk Seri Vida impi video klip lagu setaraf Katy Perry, bakal tampilkan anaknya Cik B berlakon dalam video klip I Am Me - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk Seri Vida impi video klip lagu setaraf Katy Perry, bakal tampilkan anaknya Cik B berlakon dalam video klip I Am Me

PENGASAS produk kecantikan, Datuk Seri Vida kali ini dilihat lebih berani nampaknya. Dia cuba nasib sebagai penyanyi dan hadir dengan singlesulungnya, I Am Me yang menjadi bualan ramai.

 

 

Datuk Seri Vida impi video klip lagu setaraf Katy Perry, bakal tampilkan anaknya Cik B berlakon dalam video klip I Am Me

Datuk Seri Vida impi video klip lagu setaraf Katy Perry, bakal tampilkan anaknya Cik B berlakon dalam video klip I Am Me

 

Lagu yang dikritik khasnya dalam kalangan netizen itu rupanya mendapat tempat di hati penggemar muzik tanah air. Fuhhh… siapa sangka kan? Dalam benci ada juga yang suka?

Tambahan pula, single tersebut dilihat menerima lebih daripada 7.6 juta kali tontonan hanya dalam tempoh sebulan selepas dimuat naik menerusi media sosial.

 

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmizah Othman kini dikatakan sedang sibuk persiapkan diri untuk merakamkan video rasmi single I Am Me.

“Saya akan menggunakan khidmat Ghaz Abu Bakar yang memang dikenali sebagai pengarah video muzik lagu-lagu popular dan filem.

“Untuk video muzik I Am Me, akan ada kelainan yang ditampilkan berbanding video muzik lain yang pernah dihasilkan,” katanya.

Ketika ditanya tentang konsep dan idea, apa yang diidam Vida adalah di luar kotak. Dia impi penghasilan video muzik seperti penyanyi antarabangsa, Katy Perry.

“Idea asal daripada saya sendiri dan Ghaz akan menterjemahkannya dalam bentuk visual. Saya ingin menghasilkan video muzik seperti penyanyi antarabangsa, Katy Perry.

“Jadi, satu cabaran buat Ghaz untuk merealisasikan idea itu. Bukan sekadar video muzik, akan ada jalan cerita yang diterapkan supaya berjaya menarik minat menonton,” terangnya lapor Mstar Online.

Tambahnya lagi, proses penggambaran video tersebut akan bermula pada 16 September ini.

“Proses penggambaran berlangsung selama dua hari di lokasi serba mewah, namun dirahsiakan kerana kemewahan adalah salah satu kriteria yang saya mahukan dalam muzik video I Am Me.

“Sebelum ini, saya sudah rakam video muzik untuk lagu ini tetapi tidak puas hati dengan hasilnya. Saya mahukan sesuatu yang lebih ‘wow’ dan mampu menjadi inspirasi buat semua yang menonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya soal pelakon untuk video klip itu, Vida berkata dia akan menampilkan aksi anak kesayangannya yang dikenali sebagai Cik B.

Cik B pula dikatakan kini semakin hari semakin mendapat perhatian di laman sosial.

“Cik B pun semakin ramai pengikut di Instagram dan ada peminat sendiri. Jadi, dia akan berlakon dalam video muzik lagu ini,” katanya.

Bagaimanapun, Vida tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi tetapi hanya berharap agar video muzik baru itu mendapat tempat sekaligus menarik perhatian peminat. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

 



Sumber Datuk Seri Vida impi video klip lagu setaraf Katy Perry, bakal tampilkan anaknya Cik B berlakon dalam video klip I Am Me

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f9lV6e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.