Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dituduh rogol anak kandung, isteri kata suami ‘tidak salah’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dituduh rogol anak kandung, isteri kata suami ‘tidak salah’

Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang atas enam pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya. ― Paparan skrin Google

Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mengelar pergelangan tangannya.

Tertuduh yang berumur 37 tahun dan merupakan seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang  dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di rumahnya di sini antara bulan Mac tahun ini hingga Julai lepas antara pukul 1 pagi hingga 3 pagi.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Siti Noor Hafizan Zakaria tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa adalah anak kandung tertuduh dan perbuatannya menyebabkan anak sulungnya itu mengalami tekanan sehingga bertindak mengelar pergelangan tangannya.

Beliau berkata mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini  kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan berada dalam pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memberitahu mahkamah dia tidak melakukan perbuatan itu sebaliknya dia hanya memukul anaknya itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir sebagai penjamin turut berkali-kali memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak bersalah dan dia tidak mempunyai wang untuk menjamin suaminya.

Hakim Surita tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan mangsa dan menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. ― Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Dituduh rogol anak kandung, isteri kata suami ‘tidak salah’

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jL8sGv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.