Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ezlynn Terpaksa Kembali Ke Rentak Asal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ezlynn Terpaksa Kembali Ke Rentak Asal

MENYEDARI tidak mudah untuk meraih populariti seperti mana pernah diraihnya ketika zaman kegemilangan lagu Hye Hye Bye Bye dahulu, penyanyi Ezlynn harus menerima hakikat yang dia perlu kembali kepada karya bergenre tersebut.

Ezlynn, 35, berkata biarpun teringin untuk tampil mencari kelainan menerusi lagu terbaru yang bakal dirakam pada Ogos depan, namun atas nasihat beberapa pihak dia harus akur untuk terus ‘bersama’ genre lagu berentak rancak.

“Kalau boleh saya ingin tampil dengan sesuatu yang segar dan berbeza dari sisi Ezlynn sebelum ini.
“Namun atas nasihat beberapa pihak termasuk pihak pengurusan Indigital Music di mana mereka percaya saya harus kembali pada lagu berentak seperti Hye Hye Bye Bye dulu, saya rasa ada kebenarannya juga,” katanya.

Tambahnya lagi, dia melihat penerimaan lagu-lagu berentak rancak dengan muzik elektro masih relevan untuk diterima pendengar hari ini.

Justeru, Ezlynn atau Azline Ariffin berharap agar lagu terbarunya ciptaan Tam Spider itu nanti boleh mengembalikan zaman kegemilangannya.

“Kalau ikutkan memang tak sabar nak rakam lagu baru tetapi saya perlu menunggu giliran.
“Dari segi material sebenarnya muzik dah ada, cuma masih mencari lirik dan judul yang sesuai sebelum proses rakaman di buat Ogos depan, insyaAllah,” katanya mesra.

Dalam pada itu, Ezlynn ketika ditanya mengenai status penceraiannya bersama bekas suami, Adam Fahmi Shamsuddin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tak boleh komen lebih kerana masih dalam prosedur mahkamah syariah. Kalau nak tahu lebih lanjut kena tunggu 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes,” akhirnya ringkas.

Ezlynn dan Adam pernah berkahwin pada 21 November 2011 sebelum penyanyi ini menfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu.

Malah Adam yang juga pengurus peribadi Ezlynn sebelum ini enggan melepaskannya selepas permohonan perceraian itu dibuat tanpa menuntut sebarang hak.

Bagaimanapun pada 11 Julai lalu Adam membuat keputusan untuk setuju bercerai secara baik dengan penyanyi itu.

The post Ezlynn Terpaksa Kembali Ke Rentak Asal appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZUnpI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.