Hi! Welcome Back and Stay Tune! GBP/USD Memecut Naik 100 Pips Pada Pasaran Eropah Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GBP/USD Memecut Naik 100 Pips Pada Pasaran Eropah Hari Ini

Jam 4.30 petang tadi, laporan rasmi data jualan runcit UK pada bulan Ogos melonjak naik lebih daripada jangkaan, menigkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi UK.

Jabatan Statistik Negera UK melaporkan kenaikan jualan runcit bulan ke bulan (m/m) sebanyak 1.0% pada Ogos berbanding kenaikan 0.6% pada bulan lalu selepas data lepas di kaji semula, naik 0.3%. Laporan ini juga lebih daripada jangkaan penganalsis yang hanya menjangkakan kenaikan 0.2% sahaja.

Pada unjuran tahun ke tahun, jualan runcit kekal meningkat kepada 2.4% bulan lepas, yang mana turut melepasi jangkaan pertumbuhan 1.1% selain lebih mengukuh berbanding data bulan Julai, 1.4%. (naik 0.1% selepas di kaji semula)

Jualan runcit teras tahun ke tahun (YoY) yang tidak termasuk jualan kenderaan dan petrol juga naik 2.8% pada bulan Ogos, berbanding peningkatan 1.7% pada bulan sebelumnya (naik 0.2% selepas di kaji semula). Laporan rasmi ini juga diluar jangkaan penganalsis yang meletakkan kenaikan sebanyak 1.4%.

Data kaji semula serta data rasmi jualan runcit  bagi bulan Ogos yang naik mendadak diluar jangkaan terus menolak pasangan matawang GBP/USD 100 pips ke atas, menghampiri paras resistance yang signifikan 1.3605. Sterling di dagangkan pada 1.3606 berbanding dolar selepas data dikeluarkan, naik daripada paras 1.3513.

EUR/GBP juga susut ke paras 0.8828 daripada 0.8873 dan GBP/JPY didagang pada 151.48 berbanding 150.65, paras sebelum bacaan dikeluarkan.

Sementara itu, pasaran saham Eropah masih bercampur menjelang pengumuman polisi montari Federal Reserve awal pagi esok. Indeks London FTSE 100 susut 0.33%, Euro Stoxx 50 kekal, CAC 40 Perancis naik 0.10% dan DAX Jerman naik sedikit 0.02%.

The post GBP/USD Memecut Naik 100 Pips Pada Pasaran Eropah Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hhhQNC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.