Gesaan PBB Agar Myanmar Selesaikan Krisis Di Rakhine
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mengulangi gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres supaya pasukan keselamatan Myanmar mencari pendekatan holistik dalam menangani krisis di negeri Rakhine.
“Kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan bersabar. Situasi dahsyat yang membelenggu saudara kita daripada etnik Rohingya perlu diredakan demi kebaikan Myanmar dan rantau ini,” katanya menerusi akaun Twitter & Facebook beliau hari ini.
Pada Jumaat, agensi berita China, Xinhua melaporkan bahawa setiausaha agung PBB itu menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung tindakan kezaliman dalam operasi oleh pasukan keselamatan Myanmar di negeri Rakhine dan menggesa semua pihak agar bertenang serta bersabar bagi mengelak daripada berlakunya bencana kemanusiaan.
Laporan itu menyebut Myanmar melakukan kekerasan itu berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar minggu lepas oleh Rohingya, sebuah etnik minoriti Muslim yang tinggal di pantai barat negara Buddha itu. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eQPJEy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment