Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya kerana alat kawalan tv, lelaki ke tali gantung di Kuching - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya kerana alat kawalan tv, lelaki ke tali gantung di Kuching

KUCHING: Kerana alat kawalan televisyen, seorang lelaki bakal berakhir di tali gantung setelah didapati bersalah atas pertuduhan membunuh abangnya sendiri di Mahkamah Tinggi Kuching pagi semalam.

Hakim Stephen Chung memutuskan William Joseph Ah Hiang, 25 tahun bersalah menyebabkan kematian abangnya, setelah pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam kejadian pada jam 8 malam, 2 Julai tahun lalu, William menikam mati abangnya, Jeffery Ah Hiang, 30, di rumah mereka di Kampung Kuap setelah berlaku pertengkaran di antara kedua-duanya kerana berebut alat kawalan televisyen.

Ketika pergelutan, William dikatakan berjaya merampas pisau dapur dari tangan mangsa sebelum menikamnya di dada.

Mangsa yang berlumuran darah kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak, namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan.

Tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – Sarawakvoice




✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k8xoYC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.