Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan ambil mudah serangan jantung, nasihat bekas pesakit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan ambil mudah serangan jantung, nasihat bekas pesakit

KOTA KINABALU: Jangan ambil mudah atau menganggap badan sentiasa sihat, sebaliknya ubah cara hidup sebelum diserang penyakit seperti sakit jantung.

Itulah nasihat angiografer jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Azman Hussin, 43, seorang daripada peserta kayuhan basikal program amal 'My Heart, My Life'.

Bekas pesakit jantung itu menyedari keperitan diserang sakit jantung kira-kira tiga tahun lalu apabila rasa pedih di dada yang dialaminya, difikirkan berpunca daripada keracunan makanan.

"Jangan anggap kita sihat, walaupun badan kita muda sebab serangan jantung akan kena pada sesiapa sahaja, terutama golongan lelaki, tambah lagi kalau cara hidup dia termasuk tabiat merokok dan tidak menjaga pemakanan dengan betul.

"Seeloknya periksa paras kolestrol dengan kerap dan lakukan aktiviti sesuai seperti kardio jantung untuk lebih aktif," katanya ketika ditemui pemberita sebelum pelepasan peserta kayuhan basikal program amal itu di sini hari ini.

Azman mengakui mempunyai berat badan berlebihan ketika diserang sakit jantung disebabkan kecenderungannya mengambil makanan tidak sihat seperti makanan segera.

Mengenai program itu, Fisiologis Kanan IJN Azran Ahmad berkata program itu, yang dianjurkan bersama Yayasan IJN, diadakan bermula hari ini hingga 18 Sept ini melibatkan lebih 20 peserta terdiri daripada doktor dan kakitangan IJN mengayuh basikal dari Kota Kinabalu ke Sipitang, Keningau, Kundasang dan Kota Marudu.

"Program ini bersempena Bulan Kesedaran Jantung Sedunia dan sambutan Hari Malaysia, di mana kami akan menjalankan program amal di semua daerah yang kami lawati dengan membuat ujian saringan jantung, paras kolestrol dan paras gula secara percuma serta ceramah kesihatan," katanya.

Azran berkata peserta program itu akan berada di Kundasang untuk menyambut Hari Malaysia pada Sabtu ini dengan mengadakan program kesihatan bersama penduduk setempat di perkarangan Pentas Budaya Pekan Kundasang.

Peserta program kayuhan basikal itu dilepaskan oleh Pengurus Jualan Serantau Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd Bernard Kee di pengedar utamanya di Sabah iaitu TNBC Motor Sdn Bhd di sini.

Kee berkata pihaknya berbesar hati untuk menaja dua kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan IJN menjayakan program amalnya di negeri ini.

-- BERNAMA



Sumber Jangan ambil mudah serangan jantung, nasihat bekas pesakit

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f5JC2x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.