Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keadaan terkini Mikhail mangsa kemalangan berebut anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keadaan terkini Mikhail mangsa kemalangan berebut anak

Keadaan terkini Mikhail mangsa kemalangan berebut anak|Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, lima tahun, yang kemalangan di Titi Gajah, Alor Setar, semalam, masih kritikal.

Dia parah di kepala dan patah tiga tulang rusuk kanan menyebabkan kecederaan pada paru-paru kanan.

Kanak-kanak itu terbabit dalam kemalangan selepas bapa, Jafrul Nizam Jaafar, 38, mengejari ibunya, Marziana Mahadzir, 37, dengan kereta pada kira-kira 2 petang semalam.

Ia dipercayai akibat masalah perebutan anak.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kereta dipandu mereka terbabit kemalangan yang turut menyebabkan satu lagi kenderaan dirempuh di Titi Gajah.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata dalam kejadian itu, empat orang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Katanya, kanak-kanak terbabit masih kritikal, dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) dan masih tidak sedarkan diri.

“Kanak-kanak itu turut mengalami luka koyakan pada pergelangan tangan kanan serta kesan luka di muka, kedua-dua anggota tangan dan kaki.

“Ibunya turut cedera di bahagian kepala dan patah tulang tangan kanan iaitu antara siku dan pergelangan tangan namun sedar dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Norhizan berkata, bapa kanak-kanak itu hanya cedera, sedar dan stabil namun dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.

“Sementara Faizal Baharom, 36, pula sedar, stabil, patah dan retak pada tulang di bahagian muka,” katanya.

The post Keadaan terkini Mikhail mangsa kemalangan berebut anak appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vJpx58

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.