Krisis di Rakhine perlu diselesaikan: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap situasi kritikal yang dihadapi masyarakat Rohingya di Myanmar dapat diselesaikan segera demi kepentingan negara itu dan serantau.
Perdana Menteri berkata, pasukan keselamatan Myanmar wajar mencari pendekatan menyeluruh dalam menangani krisis di wilayah Rakhine.
Katanya, pandangan sama turut disuarakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres,
"Kita mengharapkan suasana tenang dan terkawal. Keadaan genting yang dihadapi saudara Rohingya kita perlu menemui jalan penyelesaian demi kebaikan bersama," katanya menerusi entri di akaun Twitter dan Facebook rasminya, sebentar tadi.
Pada 29 Ogos lalu, pasukan keselamatan Myanmar dilaporkan meningkatkan operasi terhadap pemberontak Rohingya, susulan pertempuran tiga hari dengan militan dalam keganasan terburuk membabitkan minoriti Islam itu dalam masa lima tahun. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gzF3Ou
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment