Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Berperwatakan Lembut Ditahan Polis Selepas Terlibat Dalam Kes Samun Kedai Serbaneka 24 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Berperwatakan Lembut Ditahan Polis Selepas Terlibat Dalam Kes Samun Kedai Serbaneka 24 Jam

Tiga orang daripada empat lelaki yang berperwatakan lembut telah ditahan polis ketika dalam cubaan untuk menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di pusat bandar Parit Buntar, Bagan Serai, Perak, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, sepasukan polis yang bertanggungjawab melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan sekitar pusat bandar tersebut dipercayai telah terserempak dengan dua lelaki yang mencurigakan dengan menaiki motosikal berdekatan dengan premis KFC di bandar itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, anggota polis yang bertugas telah menahan kedua-dua suspek sebelum membuat siasatan dan pemeriksaan terhadap keduanya.

Melalui pemeriksaan tersebut, polis menemui sebilah parang yang terselit dan diletakkan di dalam raga motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang oleh suspek.

Dalam siasatan itu juga polis turut menemui dua kain skaf dan sebilah pisau di dalam beg yang digalas oleh salah seorang suspek yang dipercayai akan digunakan untuk menyamun.

Manakala, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 21 dan 18 tahun itu telah membuat pengakuan bahawa mereka ingin melakukan samun di premis kedai serbaneka berdekatan bersama dua lagi rakan mereka yang dikatakan bertindak sebagai tonto.

Hasil daripada siasatan selepas maklumat diberikan, polis kemudiannya telah berjaya memberkas dua orang lagi rakan suspek yang berusia 26 dan 17 tahun di kawasan kilang yang berdekatan dengan lokasi di mana mereka ingin melakukan samun.


Melalui siasatan itu juga, polis telah mendapati dua daripada suspek awal telah mengaku pernah terbabit dalam dua kes samun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Siakap dan Jalan Besar pada tahun ini. Manakala suspek yang berusia 26 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Menurut Omar lagi, polis yakin akan dapat menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka yang sering berlaku sepanjang tahun selepas tertangkapnya suspek.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek telah direman selama enam hari bermula semalam, lapor Harian Metro.


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wooQ1v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.