Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki dari Song maut disambar kilat di Petra Jaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki dari Song maut disambar kilat di Petra Jaya

KUCHING: Petir yang kuat di Petra Jaya petang semalam rupanya mengundang maut.

Seorang lelaki ditemui mati sekitar jam 2.30 petang semalam di tapak pembinaan di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, dekat sini selepas disambar petir berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ketika kejadian mangsa sedang berkerja memasang perancah besi di tingkat satu bangunan yang sedang dalam pembinaan.

“Ketika itu, cuaca agak mendung, berangin dan hampir hujan, sebelum kilat menyambar tepat ke bahagian kepala mangsa.

Kata Abang Ahmad, mangsa yang rebah serta-merta bagaimanapun sempat disambar
bapa mertua dan rakan sekerjanya yang berada berhampiran untuk mengelak mangsa tergolek ke bawah bangunan.

“Pihak polis dan pasukan paramedik kemudian dimaklumkan tentang kejadian malang tersebut sebelum mengesahkan kematiannya.

Siasatan awal katanya, mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.

“Identiti mangsa disahkan sebagai Nasion Raby Tagik, 26 tahun, dari Rumah Jengging, Sungai Lajan, Song,” jelasnya lagi.  – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wcZiED

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.