Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki mohon maaf penduduk Taman Melati dan Taman Teratai guna perkataan kasar dalam protes di kuil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki mohon maaf penduduk Taman Melati dan Taman Teratai guna perkataan kasar dalam protes di kuil

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Muhammad Shakir Ameer berkata, bantahan itu tiada kaitan dengan kaum atau agama.

 
Lelaki mohon maaf penduduk Taman Melati dan Taman Teratai guna perkataan kasar dalam protes di kuil

Lelaki mohon maaf penduduk Taman Melati dan Taman Teratai guna perkataan kasar dalam protes di kuil

SHAH ALAM: Individu yang mengetuai bantahan untuk mengosongkan sebuah tapak simpanan besi buruk memohon maaf bagi penduduk Taman Melati dan Taman Teratai di sini, jika protes itu menyinggung perasaan sesetengah individu.

Ia susulan sebuah video yang tersebar di Facebook dan aplikasi WhatsApp menunjukkan sekumpulan individu melaungkan “Roboh, roboh” dan menggesa pihak berkuasa merobohkan sebuah kuil serta tapak besi buruk itu di sebidang tanah di Taman Melati.

Nor Azman Mohamad yang mengetuai jawatankuasa penduduk setempat berkata, bantahan itu diadakan untuk mengadu penyalahgunaan tanah itu sebagai tempat simpanan besi buruk, selain kehadiran anjing liar yang didakwa mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak di kawasan berhampiran.

Beliau memohon maaf jika ada di kalangan ahli kumpulan itu yang mengeluarkan kata-kata kasar terhadap individu di kuil terbabit.

Sementara itu, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Muhammad Shakir Ameer yang mewakili kawasan itu berkata, isu berkenaan tiada kaitan dengan kaum atau agama.

Beliau berkata, kuil itu dibina tanpa permit dan besi buruk disimpan secara haram di tapak terbabit.

Katanya, MBSA sudah mengadakan satu operasi tahun lalu untuk mengosongkan kawasan itu, tetapi pihak terbabit memindahkan simpanan besi buruk 100m dari lokasi asal dan membina sebuah kuil di sana.

Shakir berkata, persetujuan dicapai antara MBSA, polis, Sime Darby dan Tenaga Nasional Berhad untuk mengosongkan tanah itu bagi memberi laluan kepada projek pemasangan kabel bervoltan tinggi merentasi tanah berkenaan pada masa depan.

“Tanah itu dahulu terletak di bawah Guthrie, tetapi kini ia di bawah kerajaan negeri Selangor. Jadi, kami bekerjasama dengan TNB untuk melakukan operasi itu,” katanya pada sidang media di Denai Alam hari ini.

Beliau berkata, beberapa notis sudah dikeluarkan dan pengusaha besi buruk itu diminta memindahkan perniagaan ke tempat lain kerana operasi akan dijalankan dalam tempoh 2 minggu ini untuk mengosongkan tanah berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

 



Sumber Lelaki mohon maaf penduduk Taman Melati dan Taman Teratai guna perkataan kasar dalam protes di kuil

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xK3rDq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.