Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahadzir Lokman semakin pulih, mampu jalani rawatan fisio ringan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahadzir Lokman semakin pulih, mampu jalani rawatan fisio ringan

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Datuk Mahadzir Lokman, semakin baik apabila tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut adiknya, Danial, pengacara terkenal itu sudah sedar sepenuhnya dan mampu berbual, namun masih berada di bawah pengawasan rapi doktor.

"Jika keadaan ini berterusan dan semakin stabil, beliau akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi.

"Terima kasih di atas doa anda semua," kata Danial menerusi satu kenyataan kepada media.

Katanya, Mahadzir juga sudah mampu menjalani rawatan fisioterapi ringan, biarpun masih sedikit lemah.

Semalam, Danial memberitahu, keadaan kesihatan Mahadzir semakin menampakkan perkembangan positif apabila beliau sudah mula sedar dari koma. 

Mahadzir dikejarkan ke PPUM sekitar jam 10 pagi Ahad (24 Sept) selepas tidak sedarkan diri di kediamannya awal minggu ini.

BACA: Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga

BACA: 'Sudahlah sedih, kena balas mesej takziah pula' - adik Mahadzir Lokman

BACA: Mahadzir Lokman stabil, henti sebar khabar angin - Dr Noor Hisham

Difahamkan Mahadzir berada di Jakarta, Indonesia, beberapa hari sebelum itu.



Sumber Mahadzir Lokman semakin pulih, mampu jalani rawatan fisio ringan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybys4b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.