Makmum rebah ketika sujud sebelum ajal
Seorang lelaki warga emas rebah ketika sujud solat isyak sebelum meninggal dunia atas pangkuan seorang jemaah masjid di sini.
Rahman Hashim, 75, tiba-tiba rebah ketika menunaikan solat di masjid depan rumahnya di Kampung Gelong malam tadi, lapor Harian Metro.
Anggota jemaah itu Jamal Din, 53, memangku Rahman yang nazak selepas solat itu dan sempat mengajarnya mengucap syahadah.
“Beberapa minit kemudian, mangsa menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya pada 9.20 malam,” katanya. Allahyarham pernah pitam ketika bersolat.
Jamal, seorang pegawai bomba Bukit Kayu Hitam, berkata Rahman sempat menyertai majlis membaca Yasin sebelum menunai solat isyak.
Anak arwah Mohd Razif, 50, berkata bapanya mengidap tekanan darah tinggi dan kencing manis tetapi masih kerap ke kebun dan mengurus kedai runcit.
Sumber: Projek MMO
Sumber Makmum rebah ketika sujud sebelum ajal
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gShJvo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment