Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia kutuk ujian nuklear terbaharu Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia kutuk ujian nuklear terbaharu Korea Utara

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya ujian nuklear oleh Korea Utara hari ini.

Wisma Putra berkata, ujian itu yang merupakan ujian kali keenam oleh Korea Utara sejak ujian pertamanya pada 2006 adalah pencabulan yang jelas terhadap Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan bersifat provokatif ini merupakan ancaman yang serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,” menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam ini.

Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu ini yang hanya akan mengeruhkan lagi situasi yang sedia tegang di Semenanjung Korea dan rantau tersebut secara keseluruhannya.

Menggesa Korea Utara menghentikan sebarang ujian lanjut serta menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistiknya, Wisma Putra berkata, Malaysia juga bertegas mahu Korea Utara mematuhi sepenuhnya obligasi antarabangsa demi memelihara keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Korea Utara dilaporkan menjalankan ujian nuklearnya yang paling besar setakat ini dengan mendakwa ia membangunkan bom hidrogen canggih yang boleh dipasang di atas peluru berpandu balistik antara benua. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXMtND

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.