MH370: Pegawai DCA Ke Madagascar
KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) ke Madagascar bagi mengenal pasti satu serpihan pesawat yang dipercayai milik MH370.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai mengesahkan beberapa orang pegawai telah pergi ke Madagascar untuk tujuan tersebut.
"Kami telah dihubungi dengan pihak berkuasa Madagascar dan saya telah mengarahkan pegawai-pegawai kita untuk mengambil serpihan tersebut di sana.
"Ia hanya serpihan kecil," jelasnya kepada media selepas melancarkan Sambutan Minggu Maritim Sedunia Peringkat Kebangsaa 2017, pada Selasa.
Tiong Lai berkata, langkah itu dibuat sejajar dengan prosedur standard operasi (SOP) dalam mengendalikan pengenalpastian serpihan pesawat berkenaan.
Dalam pada itu Tiong Lai meminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar, Zahid Houseinaly Reza bulan lalu.
"Saya tidak rasa ada berkaitan. Ia juga satu spekulasi yang tidak bertanggungjawan dan kes tersebut masih di bawah siasatan polis," ujarnya. - mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gH6tBT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment