Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nur Izzuddin sedia sahut cabaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nur Izzuddin sedia sahut cabaran

KUALA LUMPUR: Pengalaman dan pencapaiannya jika hendak dibandingkan dengan Goh V Shem-Tan Wee Kiong memang ibarat langit dan bumi namun pemain muda beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ini bermakna pemain berusia 20 tahun itu tidak berdepan sebarang masalah seandainya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu membuat rombakan terhadap gandingan V Shem-Wee Kiong dan membabitkannya.

"Saya terima apa saja keputusan BAM dan mungkin mereka lebih tahu (keputusan terbaik)," kata pemain kelahiran Johor itu ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Berdasarkan pandangan dan cakap-cakap di media sosial ramai yang berpendapat bahawa Izzuddin atau gandingannya, Goh Sze Fei sesuai untuk dipasangkan dengan V Shem atau Wee Kiong sekiranya pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu dipisahkan.

"Jika saya terbabit dalam rombakan ini berkemungkinan saya lebih sesuai untuk digandingkan dengan Wee Kiong kerana saya lebih bermain di bahagian belakang.

"Wee Kiong terarah kepada permainan di bahagian depan di dalam gelanggang ketika bergandingan bersama V Shem," katanya yang sudah berpasangan bersama Sze Fei selama satu tahun enam bulan.

Ditanya mengenai kejohanan yang bakal disertainya bersama Sze Fei, Nur Izzuddin berkata, mereka masih belum ada perancangan untuk beraksi di mana-mana kejohanan selepas beraksi buat kali pertama di Sukan SEA bulan lalu.

"Sekarang kami tumpu pada latihan terlebih dulu dan kejohanan terakhir kami di Sukan SEA bulan lalu. Setakat ini sasaran peribadi saya untuk kembalikan corak permainan saya yang sebenar dan dapatkan balik keyakinan," katanya.

V Shem-Wee Kiong berdepan sebarang kemungkinan termasuk untuk dipisahkan berikutan prestasi buruk termasuk yang terbaru tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Dunia di Glasgow bulan lalu.



Sumber Nur Izzuddin sedia sahut cabaran

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmAGxe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.