PEMBEBASAN ANWAR, KAMI TAK AKAN MERAYU LAGI…
PETALING JAYA – Anak sulung Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar kini dilihat ‘pasrah’ berhubung isu pembebasan ayahnya.
Bercakap kepada pemberita di Ibu pejabat PKR, di sini, Izzah berkata, tiada lagi rayuan berhubung perkara berkenaan.
“Jadi kempen (pembebasan Anwar), saya tak perlu pinta dan rayu kepada pembebasan, kerana kita mempunyai pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah perakui (perlunya pembebasan Anwar),” katanya selepas sidang medianya disini, hari ini.
“Pada saya ini merupakan satu bentuk pembuktian…Ini termasuk fatwa Sheikh Yusuf Al-Qardawi berhubung pembebasan itu,” katanya.
Terdahulu dalam sidang medianya, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR, melancarkan promosi jualan kuih bulan ‘Reformasi’.
Berhubung isu pembebasan Anwar, sebelum ini, keluarga Anwar beberapa kali telah berusaha untuk mendesak agar Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara.
Dimana pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar telah menghantar permohonan pengampunan Diraja di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Nuha Anwar telah menghantar permohonan itu ke Istana Negara, manakala Nurul Izzah telah menghantar satu permohonan surat rasmi untuk maklum permohonan pengampunan Diraja ke Parlimen.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2015.
Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari tujuh tahun lalu.
– Sinar Harian
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xsUtuV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment