Pengasuh ditahan, disyaki dera bayi lapan bulan
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata wanita berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan sama pada pukul 8 malam selepas pembantu perubatan Hospital Kajang yang memeriksa bayi itu mengesyaki bayi itu telah didera.
"Dalam kejadian Ahad lepas, ibu bayi itu yang juga anggota polis mendapati terdapat kesan merah di pipi kiri bayinya seperti ditampar, selepas dia mengambil bayinya di rumah wanita itu.
"Sebelum itu ibu mangsa telah mendengar tangisan anaknya sebelum memasuki wanita rumah itu, namun pengasuh itu berkata anaknya sedang tidur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ibu mangsa kemudian menghubungi wanita itu tetapi telefon bimbitnya telah dimatikan.
Ahmad Dzaffir berkata suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. — Bernama
Sumber Pengasuh ditahan, disyaki dera bayi lapan bulan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfcxFY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment