Polis Sandakan Kesan 2 Saksi Perbicaraan Kes Bunuh
SANDAKAN – Polis Sandakan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 25 September ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Mohd Hamin berkata dua saksi itu Ansar Bin Yasri, 19, dan Andi Arjun Afrianto, 19 dengan kedua-duanya beralamat terakhir di Sabah Sea Sdn Bhd, Jalan Buli Sim-Sim.
Kedua-dua saksi ini diminta tampil membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Saiful Adli Md Ariffin di talian 0135190045 atau pergi ke balai polis berdekatan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jIlGEb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment