Hi! Welcome Back and Stay Tune! RIZAL: MAKSUD HISHAMUDDIN ANWAR PERLU DIAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RIZAL: MAKSUD HISHAMUDDIN ANWAR PERLU DIAM

Kenyataan aktivis politik, Hishamuddin Rais bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat maklumat yang betul untuk membuat keputusan dari dalam penjara mengundang pelbagai maksud, kata pembantu khas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.

“Semasa Anwar di luar penjara, Hishamuddin kata Anwar suka cakap belit-belit pada orang sehingga menyebabkan PKR huru-hara. Semasa Anwar dalam penjara, Anwar tak dapat maklumat yang tepat untuk buat keputusan yang betul.

“Maksudnya di dalam atau di luar penjara, lebih baik Anwar diam dan buat hal sendiri.

“Ini pandangan daripada salah seorang kawan baik Anwar yang merupakan otai gerakan reformasi,” tulis Rizal di Facebook hari ini.

Terdahulu hari ini, Hishamuddin yang merupakan salah seorang penggerak gerakan reformasi menggesa ketua umum PKR itu memberi tumpuan kepada kegiatan menulis dan berfikir ketika berada di penjara.

Aktivis itu mengatakan bahawa perbezaan pendapat dalam PKR mengenai kerjasama dengan PAS berpunca daripada pendekatan Anwar dalam mengendali dan mengurus kepimpinan.

Pada 2 September lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan menggesa anggota parti dan penyokongnya membenarkan pemimpin parti itu memutuskan cara terbaik menangani kerjasama dalam Pakatan Harapan.

Berikutan itu, para pemimpin PKR yang membantah dan menyokong kerjasama dengan PAS mendakwa bahawa Anwar menyokong mereka.

PAS secara rasmi mengakhiri kerjasama selama 18 tahun dengan PKR, terutamanya apabila parti itu menyokong AMANAH semasa pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lepas.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR masih terbuka untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCz6nN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.