Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rohingya: OIC Gesa EU, Agensi PBB Ambil Tindakan Tegas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rohingya: OIC Gesa EU, Agensi PBB Ambil Tindakan Tegas


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Yousef Al-Othaimeen menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas untuk meringankan penderitaan rakyat Rohingya serta menamatkan krisis yang kian berlarutan di Rakhine Myanmar.

OIC dalam satu kenyataan berkata, Al-Othaimeen menyuarakan gesaan itu di dalam surat yang dikirimkan berasingan kepada Wakil Tinggi EU untuk Dasar Luar Negeri dan Keselamatan Federica Mogherini; Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia Zeid Ra'ad Al Hussein; dan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian Filippo Grandi.

"Sejak 2014, OIC memberi amaran jika kerajaan Myanmar berterusan bertindak memusnahkan rumah, membunuh orang awam yang tidak bersalah dan mengaibkan penduduk tanpa sebarang keadilan, ia akan menjadi tempat akar umbi kepada kewujudan unsur keganasan. Tiba masanya untuk bertindak mencegah penghapusan bangsa Rohingya," katanya.

Sementara itu, beliau mengulangi OIC bersama masyarakat antarabangsa menyeru cadangan dikemukakan oleh Suruhanjaya Negeri Rakhine dilaksanakan, namun itu adalah matlamat jangka panjang sedangkan kini terdapat keperluan mendesak untuk campur tangan segera demi menyelamatkan nyawa.

Suruhanjaya Penasihat mengenai Rakhine yang dipengerusikan bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan, ditubuhkan pada 5 September 2016, antara lain mencadangkan bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki ke semua kawasan terjejas, pihak media boleh keluar masuk seperti biasa dan pihak bertanggungjawab mencabuli hak asasi manusia perlu disiasat oleh sebuah suruhanjaya siasatan yang bebas serta adil.

Al-Othaimeen menambah, OIC juga bersedia menyediakan bantuan kemanusiaan dan mahu kerajaan Myanmar untuk menamatkan kitaran keganasan selain memberikan penyelesaian kekal kepada persoalan status Rohingya dari aspek undang-undang.

Laporan media antarabangsa mengatakan konflik terbaharu dicetuskan oleh militan Rohingya yang menyerang pos polis. Ia menyebabkan berlakunya gelombang pelarian bagaimanapun, pemimpin de-facto Myanmar, Aung San Suu Kyi mendakwa krisis itu diputarbelitkan oleh maklumat yang tidak benar. -- Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wKfj62

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.