Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabri Yunus Kembali Dengan Che Pa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabri Yunus Kembali Dengan Che Pa

Sabri Yunus Kembali Dengan Che Pa

Antara babak dalam Che Pa. (Pic: Astro Comms)

Sanggul Beracun, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Sebuah Piala Seekor Kambing, dan banyak lagi antara karya-karya hebat seorang figura serba boleh yang begitu dihormati ramai, Sabri Yunus. Memulakan langkah beliau sebagai penggiat teater, Sabri turut merupakan seorang pelakon yang cukup disegani, pelawak, pengacara dan juga seorang sutradara yang diiktiraf di majlis-majlis penganugerahan berprestij. Beliau kini kembali dengan sebuah lagi naskhah istimewa bertajuk Che Pa yang bakal menemui penonton di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘on demand’ pada 21 September 2017.

Antara pelakon Che Pa.

Sabri terkenal dengan sentuhan beliau yang berkisar akan adat dan kebudayaan, sarat dengan mesej-mesej kerakyatan dan dalam Che Pa ini, beliau sekali lagi memperjuangkan seni tradisional. Kali ini, adalah mengenai Tarian Hadrah. Hadrah merupakan rutin tarian purba tempatan di mana barisan penari lelaki berpakaian perempuan. Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang dan kemudiannya menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Antara lakonan terakhir arwah Pak Yus.

Menampilkan pelakon terkenal, Namron sebagai pengemudi utama bernama Che Pa, naskhah ini turut memperlihatkan kehadiran Ezany Nizariff sebagai Che Puteh, Amyza Aznan sebagai Cik Puan yang turut merupakan bekas isteri Che Pa, pendatang baru Putri Hanan Ahmad Shukri sebagai Bibah, anak kepada Che Pa, serta arwah Yusri Edoo atau Pak Yus Jambu sebagai Cik Man yang merupakan Ketua Kumpulan dan pemain gendang dalam kumpulan Hadrah tersebut. Ini turut merupakan penglibatan terakhir beliau di persada seni sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada November 2015.

Tersepit antara dua.

Che Pa merupakan karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dengan skrip dihasilkan oleh penulis skrip tersohor Nazli Jaafar atau Che Li, dan diterbitkan oleh Hj. Md Fadzil Teh yang mewakili Zeel Production Sdn. Bhd.

Tuntutan atau tradisi?

Mengisahkan tentang Che Pa dan kumpulan tarian hadrahnya, ‘Kumpulan Hadrah Seri Pauh’, cukup popular pada suatu ketika dahulu. Mereka disanjung tinggi dan setiap persembahan begitu dinantikan-nantikan oleh penonton. Tarian Hadrah itu jugalah yang telah membawa mereka menjelajah ke negara asing seperti Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Namun kini, zaman telah berubah dan ramai yang tidak mengerti mengapa perlu dihidupkan semula tarian atau seni yang menampilkan lelaki berpakaian, berhias, bersolek serta bersanggul seperti wanita. Sehingga ada masanya persembahan yang mereka sampaikan dikecam dan diserbu oleh pihak berkuasa semata-mata kerana persepsi haram berpakaian cross-dressing.

Namron menghidupkan watak Che Pa.

Walaupun sering diejek dan dimalukan kerana pekerjaannya, Che Pa amat mengagungkan tarian ini, yang pernah menjadi punca rezeki beliau dalam membesarkan anak perempuannya. Bibah sebelum ini bangga dengan bapanya dan pujian demi pujian dikalungkan kepada bapa beliau dan nama itu kerap kali di bibirnya di kala bersama kawan-kawan. Sehinggalah beliau berkenalan dengan seorang lelaki dan cinta memusnahkan kasih seorang anak kepada bapa. Pujian-pujian yang dahulu mekar kini bertukar menjadi cacian dengan pandangan jijik serba malu dilemparkan kepada bapanya. Sebelum ini, isteri yang disanjungi meninggalkan beliau, kini satu-satunya anak yang menjadi tempat beliau menumpang kasih itu jugalah memalingkan muka darinya.

Che Pa di Astro First Eksklusif.

Che Pa kini di persimpangan. Beliau menerima satu tawaran untuk membuat persembahan di ‘Minggu Kesenian Rakyat’ di sebuah universiti. Persembahan berskala besar ini merupakan peluang keemasan beliau untuk mengangkat kembali kegemilangan Hadrah. Beliau cuba memujuk bekas ahli kumpulannya untuk menyertainya tetapi mereka enggan. Sama seperti Bibah, mereka malu dengan dunia Hadrah yang pernah melonjakkan nama mereka. Ada di antara ahli kumpulan yang merasakan menyertai Hadrah pada satu ketika dahulu adalah kesilapan terbesar yang pernah mereka lakukan. Kini mereka menyesal. Kini mereka bertaubat. Tetapi kenapa perlu menghukum Che Pa? Dosakah Che Pa?

Haramkah dunia yang digelumangi Che Pa?

Saksikan pengakhirannya pada 21 September ini di Astro First Eksklusif, saluran 480 dan platform ‘on demand’. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. #TerobekRaya juga boleh didapati di platform digital, on demand.



Sumber Sabri Yunus Kembali Dengan Che Pa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmkfjp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.