Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibantu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibantu

Foto : BERNAMA

SIBU : Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri akan merumuskan cadangan bagi mewujudkan pakej kewangan yang efektif untuk melaksanakan pelbagai inisiatif penyelesaian terhadap isu sekolah daif di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Itu antara langkah penyelesaian yang dicadangkan terhadap isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Sekolah-sekolah Daif Sarawak yang dipengerusikan Ahmad Zahid dalam lawatan kerjanya di sini semalam.

Bercakap pada persidangan media di penghujung lawatan kerja dua harinya di Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu di sini, beliau berkata selain sekolah daif , masalah yang dibangkitkan termasuk isu sekolah kurang murid dan kekurangan kemudahan seperti bekalan air (447 sekolah) dan elektrik (375 sekolah).

Mesyuarat sebelum itu diberitahu hanya 29.9 peratus sekolah di Sarawak yang berada pada tahap pembelajaran selesa dan selebihnya daif dan separa daif.

Ahmad Zahid berkata kerajaan persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 juga telah meluluskan 300 projek pembangunan semula sekolah untuk dilaksanakan di Sarawak dalam usaha menangani isu sekolah daif ini.

Pada masa yang sama 183 sekolah telah diluluskan dalam rolling plan kedua di bawah RMK-11 untuk dilaksanakan melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan peruntukan RM366 juta.

“Sepanjang 2016 dan tahun ini, 50 sekolah daif telah dan sedang dibina Kementerian Pendidikan menerusi kaedah tersebut dengan kos RM153.3 juta. Daripada 50 sekolah itu, 23 telah pun siap dibina, manakala 27 lagi sedang dalam pembinaan, termasuk empat sekolah yang dibina JKR,” jelas beliau.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan Sarawak menjadikan pembangunan sekolah daif sebagai keutamaan dan fokus termasuk mengadakan pembentangan dan membincangkan isu-isu berkaitannya dalam mesyuarat menteri Kabinet negeri pada 24 Ogos lepas, bagi memperinci tindakan-tindakan proaktif yang perlu diambil untuk menanganinya.

Sekolah yang dikatakan daif ialah sebanyak 1,020 daripada 1,454 sekolah di Sarawak termasuk yang mengalami kerosakan kritikal lebih 75 peratus dan kebanyakan berusia lebih 50 tahun yang memerlukan pembaikan segera. –Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8oDRm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.