Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua darah kering dan ada 2 lubang di leher, pemilik dakwa kambing-kambing ini mati digigit pontianak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua darah kering dan ada 2 lubang di leher, pemilik dakwa kambing-kambing ini mati digigit pontianak

PENDUDUK di Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Indonesia kini pelik dengan kejadian sejumlah kambing milik seorang penduduk mati dalam keadaan aneh apabila semua darah haiwan itu kering dan ada dua lubang pada leher seperti kesan gigitan pontianak.

 

 

Semua darah kering dan ada 2 lubang di leher, pemilik dakwa kambing-kambing ini mati digigit pontianak

Semua darah kering dan ada 2 lubang di leher, pemilik dakwa kambing-kambing ini mati digigit pontianak

 

 

Menurut laporan Liputan6, pemilik kambing itu, Suraji, di Dusun Danggolo, Desa Purwodadi, Kecamatan Tepus, Gunungkidul, berkata tujuh daripada lapan kambingnya ditemui mati dalam kandang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Seekor kambing yang terselamat luka di kaki manakala seekor lembu tidak diapa-apakan,” katanya semalam.

Suraji sudah memasang pagar kayu dan buluh bagi mengelak haiwan buas masuk ke kawasan kandang dan dia menemui kesan tapak kaki kecil di sekitar kandang.

Namun, penduduk berasa pelik kerana badan kambing tiada kesan luka, hanya beberapa bahagian kecil kelihatan seperti dimamah.

Suraji dan penduduk menemui kesan luka di leher yang menyebabkan kambing terbabit kehabisan darah namun tiada kesan lumuran daerah di sekitar kawasan jadian.

“Haiwan pemangsa itu mungkin puluhan jumlahnya dan kesan tapak kaki kecil menuju ke kawasan bukit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian dan Penternakan Gunungkidul, Bambang Wisnu Broto, berkata pihaknya belum dapat memastikan haiwan pemangsa yang menyerang kambing terbabit,

Ketua kampung, Purwodadi Sucipto, mendakwa sudah lebih 50 kambing milik penduduk menjadi mangsa serangan misteri itu dan pihaknya akan mengadakan rondaan selepas ini.

Suimber: Metro



Sumber Semua darah kering dan ada 2 lubang di leher, pemilik dakwa kambing-kambing ini mati digigit pontianak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w5drYo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.