Seorang lagi suspek kes bunuh polis ditahan
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lagi lelaki semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad berkata suspek berumur 35 tahun itu yang berasal dari Kelantan dan bekerja di sebuah syarikat kurier di Subang Jaya ditahan kira-kira 11.15 malam Selasa.
"Suspek direman tujuh hari sehingga 12 Sept ini dan siasatan kes masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan.
Valentino yang bertugas sendirian, ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi hari kejadian.
Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai berkenaan selepas selesai rondaan.
Polis turut menahan seorang lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak, pada Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes. Tempoh remannya berakhir hari ini (Khamis).
- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gIBYrx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment