Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Sebenarnya Pak Cik Tioman Ni? Beberapa netizen tampil dedah pernah jumpa di beberapa tempat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Sebenarnya Pak Cik Tioman Ni? Beberapa netizen tampil dedah pernah jumpa di beberapa tempat

Pak Cik Tioman

Pak Cik Tioman

Identiti seorang warga emas menjadi tanda tanya selepas seorang pemuda memuat naik posting meminta bantuan orang ramai menjejaki waris atau kenalan lelaki itu di laman sosial pada Ahad.

Pemuda yang bernama Ashraf Wajdi itu turut memuat naik dua keping gambar warga emas tersebut bagi memudahkan orang ramai mengecamnya.

Simpati dengan nasib yang menimpa warga emas yang namanya tidak didedahkan itu, Ashraf Wajdi meminta sesiapa yang mengenali lelaki berkenaan agar datang mengambilnya di kawasan berhampiran feri ke Pulau Tioman, Pahang.

“Pak cik ni seorang diri jalan kaki sambil pegang jantungnya. Kata pak cik ni sakit jantung.

“Dapat kerja di Bahau (Negeri Sembilan), sampai Bahau je tempat kerja tu tiada. Tiada duit langsung nak ke Pulau Tioman,” kata Ashraf Wajdi menerusi posting tersebut.

Pemuda tersebut dan rakan-rakannya menyumbangkan wang kepada warga emas itu untuk membeli tiket bas dan feri.

Posting tersebut yang tular sejak tengah hari Ahad mendapat 1,044 perkongsian dan lebih 1,200 ‘like’ serta mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seorang pengguna Facebook, Mazuan Mazlan berkata: “Rasa macam tidak pernah tengok pun dekat Tioman pak cik ni. Betul ke dia orang Tioman?”

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Tengku Putera Syahz berkata: “Dia ni pernah turun dekat Sungai Buloh, saya nak tumpangkan dia, dia cakap takpe dia tengah cari kawan dia.”

“Dia cakap dekat saya dia dari Pahang. Bukan nak burukkan dia ni tapi susah nak cakap. Bila minta untuk dia kerjasama, dia halau saya,” katanya yang hanya berniat untuk membantu warga emas itu mencari rumah rakannya.

Manakala Syafiq Apit pula berkata: “Dulu pernah aku jumpa pak cik ni dekat Mentakab, Pahang kabo (beritahu) dari Thailand datang nak kerja tukang masak kedai makan. Ni lepas ke Tioman pula dah.”

Bagi Najwa Nafiza Abd Rahman pula, dia berkata: “Saya pernah jumpa dekat kawasan rumah saya sebelum puasa hari tu. Kami duduk dekat Juru, Pulau Pinang.

“Ada orang taman kami nak bawa dia pergi duduk dekat surau dulu buat sementara sebab kasihan dia pegang jantung. Tapi dia tak mahu. Nak bagi duit dia tak mahu.”

“Macam-macam la tanya pak cik ni sebab nak tolong. Kita kasihan pada dia. Akhirnya dia marah pula.”

Sumber: MStar



Sumber Siapa Sebenarnya Pak Cik Tioman Ni? Beberapa netizen tampil dedah pernah jumpa di beberapa tempat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wAerRu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.