SIASATAN FGV, FCI SELESAI BULAN INI, KATA SPRM
SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Felda Global Ventures (FGV) dan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) kini di penghujung dan setelah siap dilengkapkan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, pada bulan ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad berkata ketika ini, masih ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti dan dilengkapkan dalam kedua-dua kertas siasatan kes itu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam untuk tindakan selanjutnya.
“Saya hendak menyatakan bahawa siasatan yang melibatkan FGV dan FIC tinggal sikit lagi serta sudah hampir selesai.
“Maka insya-Allah, kami akan menghantar kertas siasatan bersama beberapa cadangan SPRM kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada kes ini untuk dibawa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen pencegahan rasuah pengangkutan awam SPRM bersama Prasarana di stesen LRT Bangsar, hari ini.
-M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f0UeQf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment