Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Pesan Banyakkan Berselawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Pesan Banyakkan Berselawat

Penyanyi Marsha Milan Londoh mendedahkan, suaminya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail merupakan individu pertama yang memberikan sokongan agar meneruskan perjuangan dalam AF Megastar.

Bukan saja sokongann malah lelaki itu menitipkan satu pesanan setiap kali dia di pentas.

“Suami saya umpama pakar psikologi dan dia yang akan menenangkan saya sebelum persembahan. Dia ingatkan saya sebelum naik pentas banyakkan berselawat dan jangan rasa tertekan.

“Tidak salah kalau saya katakan suami merupakan individu paling banyak membantu menenangkan saya sebelum membuat persembahan,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 30 tahun itu pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

Kata Marsha lagi, dia tidak mahu berasa tertekan sepanjang menyertai program realiti tersebut. Justeru dia menggunakan pengalaman menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini sebagai panduan dalam menghadapi tekanan.

“Saya selalu berpesan kepada diri saya untuk tidak terlalu memikirkan ia satu pertandingan. Saya hanya ingin membuat persembahan yang terbaik dan sentiasa bersedia andai tersingkir.

“Memandangkan saya pernah menyertai pertandingan nyanyian, jadi tekanan itu tidaklah terlalu berat,” ujarnya.

The post Suami Pesan Banyakkan Berselawat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3mysG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.