Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sufian Suhaimi Buat Lagu Untuk Elfira Loy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sufian Suhaimi Buat Lagu Untuk Elfira Loy

Beruntung badan dijodohkan dengan seorang penyanyi, bukan sahaja ketika merajuk boleh dipujuk dengan suara merdu malah diciptakan pula lagu khas buat bakal isteri. Itulah yang terjadi apabila Sufian Suhaimi memberitahu single lagu terbarunya, Terasa Ada diinspirasikan oleh rasa cinta sejak bertemu dengan wanita kesayangannya, Elfira Loy.

BACA: Sufian Suhaimi Nafi Tangguh Belajar Sebab Kekasih

“Sebenarnya, lagu ini dirakam Mei lalu selepas sedikit demi sedikit idea muncul di minda. Malah, korusnya sudah pun mula dicipta sejak tahun lalu. Saya sendiri pernah memuatnaik sebahagiannya ke laman sosial sebagai ‘teaser’. Lagu itu bagaimanapun siap sepenuhnya pada tahun ini”

“Ia boleh dikatakan dilancarkan tepat pada waktunya dengan apa yang saya alami ketika ini. Begitupun, secara keseluruhannya ia juga sesuai untuk pasangan bercinta lain di luar sana. Waktu itu, ‘roh’ lagu berkenaan belum ada. Namun, ketika proses menyiapkannya, saya bertemu cinta”

“Ia berkisar bagaimana seseorang itu mahu meluahkan betapa dirinya jatuh cinta terhadap pasangan. Ibarat tiada apa dapat memisahkan mereka. Apapun terjadi, mereka tetap akan bersama,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Dalam masa yang sama, Sufian juga sempat memaklumkan berita baik dari pihaknya dan Elfira, dimana pasangan ini sudah menetapkan tarikh melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Oktober depan. Manakala lokasi majlis tersebut pula akan diadakan di kediaman keluarga Elfira. Buat pasangan ini semoga segala persiapan berjalan lancar. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xEN6Al

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.