Tak dapat terima ditinggalkan, polis tembak mati isteri dan 2 anaknya
Seorang anggota polis menembak mati isteri dan dua anaknya, berusia tiga dan lima tahun, di sebuah stesen kereta api sebelum membunuh diri.
Perbalahan keluarga menyebabkan polis mengunjungi rumah pasangan itu awal semalam, apabila wanita berkenaan memberitahu beliau mahu meninggalkan suaminya.
Lelaki terbabit ‘cukup tenang’ dan tidak membantah tindakan jiran yang membawa isterinya ke stesen kereta api di Noyon di utara Perancis, yang tidak jauh dari rumah mereka, kata pendakwa Virginie Girard.
Wanita itu meninggalkan rumah dengan tiga daripada lima anak mereka manakala dua lagi ditinggalkan dengan jiran.
Namun ketika wanita berkenaan dan anaknya menunggu kereta api, lelaki itu muncul tiba-tiba dan melepaskan tembakan.
Isterinya dan dua anak mereka maut di tempat kejadian itu. Seorang lagi berusia lima tahun yang juga pasangan kembar kepada mangsa yang terbunuh, tidak cedera.
“Penyerang ialah pegawai yang ditugaskan di ibu pejabat polis di Paris yang tidak dapat menerima niat isteri untuk meninggalkannya,” kata Girard. – AFP
Sumber: BH Online
Sumber Tak dapat terima ditinggalkan, polis tembak mati isteri dan 2 anaknya
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wT6mr2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment