Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Sangka Ejek Mengejek Punca Kebakaran – Pengetua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Sangka Ejek Mengejek Punca Kebakaran – Pengetua

MESKIPUN sudah empat hari berlalu, namun tragedi ngeri yang melanda Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih terkesan di hati netizen.

Kejadian itu merupakan insiden kebakaran membabitkan sekolah tahfiz terburuk yang dicatatkan tahun ini dan kedua terburuk dalam sejarah selepas kejadian Pondok Pak Ya pada tahun 1989.

Yang lebih menyedihkan lagi ialah punca kebakaran tersebut berakar umbi daripada ejek- mengejek yang bertukar menjadi dendam kesumat.

Terkejut perkara tersebut boleh berlaku dalam lingkungan masyarakat semuda si pesalah laku, Zahid tidak menyangka pergaduhan kecil boleh membawa ke perkara seserius ini.

“Bagi saya perkara itu (ejek-mengejek) lumrah kerana kita dahulu juga pernah menempuhi zaman kanak-kanak. Saya tidak sangka boleh jadi benda besar hingga jadi begini,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.

Menurutnya lagi, dia sebagai pengetua tidak menerima sebarang aduan atau makluman daripada pelajar-pelajarnya sekiranya mereka pernah diugut oleh pihak luar terutama suspek sebelum kejadian itu berlaku.

“Tidak ada. Mereka semua tak pernah mengadu diugut kumpulan lelaki (suspek) itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, menjadi kebiasaan semua pelajar pusat tahfiz tersebut beriadah di kawasan tasik berkenaan kerana jaraknya yang dekat dengan pusat tahfiz itu.

Bagaimanapun, riadah yang berlangsung pada setiap hari Isnin dan Rabu itu sentiasa dipantau oleh warden yang bertugas.

Ketujuh-tujuh suspek yang berusia dalam lingkungan 12 ke 18 tahun itu disyaki positif dadah jenis syabu dan ganja dan mengakui sedang dalam keadaan khayal semasa melakukan jenayah 14 September lalu. –  MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f46yM4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.