Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Jambatan Besi Sementara Berhampiran Jambatan Sultan Yusof - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Jambatan Besi Sementara Berhampiran Jambatan Sultan Yusof

TELUK INTAN – Tiada pembinaan jambatan besi sementara untuk pengguna susulan penutupan Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan dan Manjung sebagaimana yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebaliknya berkata jambatan besi sementara itu hanya untuk kegunaan kontraktor serta pekerja pembinaan Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE).

“Jambatan besi ini adalah untuk kerja kontraktor WCE sahaja dan ia tidak melibatkan penggunaan oleh orang ramai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainol Fadzi meminta orang ramai supaya menyemak kesahihan dan tidak sewenang-wenangnya menularkan sesuatu maklumat berkaitan jambatan berkenaan tanpa merujuk pihak berkuasa terutama Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada 2 Sept lalu, JKR mengumumkan penutupan jambatan berkenaan yang juga dikenali sebagai Jambatan Batu 5 dilanjutkan selama empat bulan lagi untuk membolehkan kerja-kerja mengukuhkan jambatan dijalankan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f2jQJa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.