Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Pelajar Politeknik Mati Lemas Mandi Air Terjun.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Pelajar Politeknik Mati Lemas Mandi Air Terjun..


JELI – Tiga pelajar Politeknik Jeli ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut di sini, pagi Jumaat lapor Berita Harian.

Mayat Muhd. Farid Rozi dan Putra Izzad Iskandar Zulkifli ditemui pukul 10.15 pagi oleh orang awam manakala Muhamad Ikram Mohd. Faisal ditemui bomba, sekitar 11.21 pagi.

Semua mangsa berusia 18 tahun. Mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.


Rakan mangsa, Muhamad Azamuddin Azman, 18, bersama 29 penuntut lain ke kawasan berkenaan untuk menjalankan tugasan akuatik ekosistem.

“Ketika sedang mengambil gambar, saya dimaklumkan tiga rakan yang mandi di air terjun lemas.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan cuba membantu dengan menghulurkan kayu untuk menyelamatkan Muhammad Ikram namun gagal apabila dia terus tenggelam.


“Usaha mencari dijalankan sebelum mayat Muhd. Farid dan Putra Izzad ditemui. Mayat Muhamad Ikram ditemui selepas itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’id ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian.

“Sebaik menerima laporan pukul 10.20 pagi, tujuh anggota dengan bantuan dua pasukan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi kejadian dua mangsa sudah ditemui orang awam.


“Usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan sebelum seorang lagi mangsa ditemui pada 11.21 pagi,” kata Mohamad Shahril.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2faUTLK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.