Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tren 4 Gerabak KL Monorel Kembali Beroperasi Hujung Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tren 4 Gerabak KL Monorel Kembali Beroperasi Hujung Tahun

KUALA LUMPUR – Tren empat gerabak Monorel yang dihentikan perkhidmatan sejak Mei lepas, akan kembali beroperasi semula secara berperingkat mulai hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman berkata tren itu dihentikan operasi untuk kerja mempertingkatkan ciri keselamatan.

“Kami sedang berusaha keras bagi memastikan proses ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan mematuhi segala aturan dan panduan.
“Kami tidak mempunyai pilihan kecuali memberhentikan sementara perkhidmatan tren empat gerabak ini demi kepentingan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebagai operator laluan Monorel Kuala Lumpur, pihaknya ingin memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan ketiadaan tren empat gerabak.

Menurut Zohari, pihaknya telah menyediakan khidmat bas perantara di sepanjang laluan Monorel bagi melengkapkan operasi monorel semasa ketiadaan tren empat gerabak itu.

“Kami kini mempunyai enam set tren dua gerabak yang beroperasi dengan frekuensi antara lapan hingga 15 minit, bergantung kepada masa operasi dan ketersediaan tren,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w4oA7G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.