Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video iklan produk pemutih dan kuruskan badan suami cerai isteri talak 3 kerana tak cantik dikecam kerana didakwa berunsur penderaan domestik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video iklan produk pemutih dan kuruskan badan suami cerai isteri talak 3 kerana tak cantik dikecam kerana didakwa berunsur penderaan domestik

PETALING JAYA: Rakaman video mempromosikan produk pemutihan kulit dan penurunan berat badan mencetuskan kemarahan netizen kerana didakwa berbaur penderaan domestik.

 

 

Video iklan produk pemutih dan kuruskan badan suami cerai isteri talak 3 kerana tak cantik dikecam kerana didakwa berunsur penderaan domestik

Video iklan produk pemutih dan kuruskan badan suami cerai isteri talak 3 kerana tak cantik dikecam kerana didakwa berunsur penderaan domestik

 

 

Video berdurasi empat minit itu yang dimuat naik dalam laman Facebook Kokom, menggambarkan seorang suami menceraikan isterinya kerana penampilan fizikalnya.

Video pertama menunjukkan wanita itu dilayan buruk oleh suaminya.

Ia berbeza dengan sifat penyayangnya yang dipaparkan semasa sesi imbas kembali, mungkin sebelum pasangan tersebut berkahwin.

 

Malah terdapat adegan suami menghalau isterinya keluar dari rumah dan menceraikannya dengan talak tiga.

Video itu kemudiannya menunjukkan wanita itu mengadu kemelut rumah tangganya kepada rakannya yang mengesyorkan satu produk kecantikan yang boleh mengubah paras wajahnya.

Kemudian dalam video itu, lelaki tersebut menyedari kecantikan bekas isterinya dan cuba memenangi semula hatinya.

Watak isterinya yang cantik itu dilakonkan oleh seorang wanita yang berbeza.

Wanita itu bagaimanapun enggan menerima lelaki tersebut semula dalam hidupnya.

“Kokom” sebenarnya adalah Cocombee Studio, syarikat produksi yang menghasilkan dan mengarahkan video untuk produk kosmetik, SlimmeWhite Malaysia.

Video itu yang dimuatnaik pada 25 September lalu mendapat 7,000 komen dan dikongsi sebanyak 9,000 kali.

Meskipun video itu sudah menjadi tular dan mendapat kecaman netizen, Cocombee Studio menerusi komennya di Facebook berkata mereka tiada sebarang niat jahat dalam menghasilkan video tersebut.

Katanya, adegan keganasan dalam video itu diambil semata-mata untuk menjadikannya lebih ‘dramatik’.

“Video itu beritahu anda, jika anda tidak suka dengan penampilan isteri anda, jangan layan mereka seperti mereka tiada apa-apa kerana mereka telah bekerja keras untuk anda dan melakukan apa sahaja untuk membuat anda gembira.

“Mesej utama dalam video itu adalah hargai isteri anda. Ia berdasarkan beberapa kisah benar,” kata syarikat produksi itu.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, Cocombee Studio berkata SlimmeWhite Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laman blog hiburan dan gaya hidup bahasa Inggeris yang membangkitkan isu itu sehingga mencetuskan kontroversi.

Syarikat itu mendakwa laman blog itu telah memutarbelitkan mesej di sebalik video tersebut.

“Mereka juga menyebarkan video dalam Internet tanpa kebenaran kami atau menghubungi kami atau SW (SlimmeWhite Malaysia) untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Hargai Pasangan Anda

Ada pasangan tu tolong la jangan sia2kan.. Kalau dah jd mcm ni kan menyesal tak sudah.. 😢😭

Posted by SW DUAL Effect Malaysia on 25hb September 2017

 

 

Sumber: Mstar



Sumber Video iklan produk pemutih dan kuruskan badan suami cerai isteri talak 3 kerana tak cantik dikecam kerana didakwa berunsur penderaan domestik

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xIFivd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.