Wanita terjatuh dari tingkat 5 dan terhempas di tingkat 2 Hospital Sultanah Bahiyah ketika datang melawat rakan
Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang tadi.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang rakannya yang sedang dirawat.
“Wanita itu terjatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua HSB…mangsa kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan berada dalam keadaan stabil dan sedar,” katanya menerusi kenyataan malam ini.
Bagaimanapun mangsa yang sudah menjalani ujian X-Ray kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut.-BERNAMA
Sumber: Utusan Online
Sumber Wanita terjatuh dari tingkat 5 dan terhempas di tingkat 2 Hospital Sultanah Bahiyah ketika datang melawat rakan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xyO1Qo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment