Warga emas pitam, kereta rempuh kedai stesen minyak (VIDEO)
Sebuah kereta merempuh kedai serbaneka stesen minyak Petronas di Jalan Padi Ria, Johor Baru, 12 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTB
JOHOR BARU, 13 Sept ― Seorang warga emas merempuh kedai serbaneka stesen Petronas petang semalam selepas pitam setelah mengisi minyak.
Kereta lelaki 71 tahun itu merempuh dinding kaca premis tersebut dan berhenti selepas melanggar beberapa rak barangan, lapor portal Berita Harian.
Dalam insiden jam 5.30 petang di stesen minyak di Jalan Padi Ria di sini, keretanya juga bergesel dengan motosikal dan Perodua Kancil.
“Kemalangan tidak membabitkan kecederaan, hanya kerosakan kenderaan dan premis kedai,” kata ketua polis Johor Baru Utara ACP Mohd Taib Ahmad.
Pemandu itu yang tidak cedera disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan, tambahnya.
Sumber Warga emas pitam, kereta rempuh kedai stesen minyak (VIDEO)
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f4XwlE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment