2 beradik Antara 5 Beradik Ditahan
SIK – Dua beradik berusia 25 dan 23 tahun antara lima individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik dalam operasi di daerah itu bermula 11 malam tadi dan berakhir 8 pagi ini.
Ketua Pegawai AADK Daerah Sik Roslin Baharom berkata operasi selama 9 jam itu dijalankan di beberapa lokasi di mukim Jeneri dan Teloi.
Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu dilancarkan selepas menerima aduan awam berhubung masalah penagih dadah, katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kesemua individu yang ditahan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yL4VNN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment