Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 laskar TLDM dituduh cederakan 2 anggota lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 laskar TLDM dituduh cederakan 2 anggota lain

SERI MANJUNG: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga tuduhan mencederakan dua anggota lain pasukan itu ketika berada dalam tahanan, pada 28 dan 29 September lalu. 

Laskar Kanan Hamzah Zakaria, 35, didakwa mencederakan Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di laluan hadapan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, pada jam 10.30 pagi pada 29 September lalu.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Laskar Kelas 1 Muhammad Lailaltuiman Mohd Sukri, 26, di tempat, masa dan tarikh sama. 

Sementara itu, Laskar Kanan Mohd Farid Musa, 32, didakwa mencederakan Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di Pejabat Pengawal di tempat sama pada jam 12.30 tengah malam 28 September lalu. 

Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim. 

Nur Shaqira menetapkan jaminan RM8,000 terhadap Hamzah dan RM4,000 terhadap Mohd Farid, masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 30 Oktober ini untuk kes disebut semula. 

Pendakwaan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Yusaini Amer Abdul Karim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. 

Terdahulu, Yusaini Amer menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tuduhan, bagaimanapun kedua-dua tertuduh merayu agar jaminan itu dikurangkan kerana isteri mereka tidak bekerja dan mempunyai anak yang masih bersekolah.

Sementara itu, ahli keluarga kedua-dua tertuduh berada di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi. 

Seorang ahli keluarga salah seorang tertuduh memberitahu mereka bergerak dari Segamat, Johor, pada jam 10 malam tadi dan tiba di sini awal pagi. 

Dalam pada itu, difahamkan tiga lagi suspek yang direman sebelum ini akan dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan manakala seorang lagi dijangka didakwa Selasa ini.



Sumber 2 laskar TLDM dituduh cederakan 2 anggota lain

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hEKqJ7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.