Hi! Welcome Back and Stay Tune! 203 laporan polis dibuat, Boy Iman direman lagi 3 hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

203 laporan polis dibuat, Boy Iman direman lagi 3 hari

PENGARAH Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam Nurhidayah Abd Mutalib mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan perintah reman itu dikeluarkan selepas polis menerima dua laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Turut direman adalah tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun.

Ketiga-tiganya direman dua hari mengikut seksyen sama.

Mereka tiba di mahkamah 10.15 pagi dengan tangan bergari dan diiringi anggota polis.

Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources yang turut membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan terbaru di Selangor.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini 203 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

Khamis lalu, Boy Iman direman dua hari bagi membantu siasatan kes sama yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Muar.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber 203 laporan polis dibuat, Boy Iman direman lagi 3 hari

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6nFXG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.